fbpx
Tangkap layar video memaparkan suasana Bazar Ramadan Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu yang agak suram.

[VIDEO] ‘Apalah nasib..dah pukul 6 petang, jualan masih banyak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Beginilah nasib peniaga bazar Ramadan yang bertahan, masih bertahan hingga ke tahapnya. Pukul 6 petang, jualan masih banyak.”

Itu pendedahan seorang lelaki mengenai situasi di Bazar Ramadan Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, yang sunyi dengan kehadiran para pengunjung.

Menggunakan profil @Fakhru di media sosial, dia turut berkongsi video yang memaparkan suasana agak lengang di bazar tersebut.

“Inilah nasib peniaga bazar Ramadan Pantai Teluk Ketapang. Diharap peganjur mencari solusi seperti tukar tempat atau lain-lain yang boleh memberi nafas lega untuk para peniaga,” katanya.

Hantaran berkenaan meraih pelbagai komen, malah ada peniaga yang mengakui cukup terkesan dengan keadaan itu.

“Kak jual laksa dan mi kari hadir. Dua hari dah kak cuti. Perit,” kata seorang pengguna.

“Seronok la tak ada orang. Saya suka bazar tak ada orang. Tak ada kena beratur bersesak-sesak,” komen @Tobyyyy.

“Puasa dah seminggu, tak ada masa lagi untuk jualan kalau lambat bertindak untuk alih tempat,” ujar netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@fakhruyyzzBeginilah nasib peniaga bazar ramadan yang bertahan masih bertahan hingga ke tahapnya

♬ Medley: Selamat Malam / Sampai Syurga / Semesta (Live) – Faizal Tahir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN