fbpx
ADZLI menunjukkan tujuh suspek kes tembakan ke arah Komander AKPS Bukit Kayu Hitam pada sidang akhbar di IPK Kedah, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Tujuh diberkas kes tembak komander AKPS Bukit Kayu Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Polis menahan enam lelaki tempatan dan seorang wanita Thailand susulan kejadian melepaskan tembakan ke arah Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir di Bukit Kayu Hitam, kelmarin.

Hasil pemeriksaan lanjut, dua daripada mereka didapati mempunyai residu tembakan senjata api atau gunshot residue (GSR) dengan siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang giat dijalankan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, tangkapan ke atas kesemua suspek termasuk pasangan suami isteri berusia antara 22 hingga 52 tahun itu dilakukan dalam empat serbuan berasingan oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dari pukul 10.30 pagi hingga 6 petang, hari kejadian.

“Lima lelaki ditahan di sekitar kawasan perumahan berdekatan lokasi kejadian, manakala pasangan suami isteri diberkas pada pukul 12.30 tengah hari berhampiran pintu sempadan Padang Besar untuk ke negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kedah di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI