fbpx
MEGAT Zulkarnain menyantuni dua beradik dan menyampaikan hasrat Timbalan Perdana Menteri untuk jadikan mereka anak angkat.

TPM tanggung sepenuhnya pendidikan dua beradik mangsa kebakaran di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Dua anak mangsa tragedi kebakaran yang meragut lima nyawa ahli keluarga mereka di Kampung Pamah Kulat di sini, menerima sinar baharu apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bersetuju mengambil mereka sebagai anak angkat serta menanggung sepenuhnya keperluan pendidikan hingga ke peringkat universiti.

Perkembangan melegakan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Megat Zulkarnain Omardin, ketika meninjau lokasi kejadian dan bertemu dua beradik berkenaan di balai raya kampung tersebut selepas solat Jumaat, hari ini.

Menurut beliau, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat dua remaja itu untuk meneruskan kehidupan meskipun diuji dengan kehilangan besar.
Dalam lawatan berkenaan, Megat Zulkarnain meluangkan masa bertemu Ruby Adalia Balqis Mohd. Alawi, 19, dan adiknya, Ahmad Balia Murqam, 15, yang terselamat dalam tragedi menyayat hati tersebut kerana berada di asrama dan matrikulasi.

Pertemuan ringkas itu berlangsung dalam suasana penuh emosi apabila beliau menyampaikan kata-kata semangat serta menegaskan komitmen kerajaan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Musibah ini bukan sahaja menguji keluarga mangsa, malah menyentuh hati seluruh masyarakat. Kita berharap mereka terus kuat menghadapi dugaan ini dan segala bentuk bantuan yang diperlukan akan disalurkan secara berperingkat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi semalam, sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini musnah dalam kebakaran, mengorbankan pasangan suami isteri Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka, Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN