SHAH ALAM – Penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Selangor akan menerima Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri sebanyak RM300.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan anggota polis, tentera, bomba, guru, jururawat dan anggota lain merangkumi 29 kementerian serta pegawai lantikan tetap bergaji RM3,000 dan ke bawah.
Katanya, pengamal media yang berdaftar di bawah Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor (Wajar) pula bakal menerima insentif khas sebanyak RM1,000 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri akan disalurkan kepada lebih 70 ahli pertubuhan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis Himpunan Akrab Mahabbah Insani Ramadan Bersama Penjawat Awam Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














