fbpx
ASKAR Taliban berdiri di hadapan sebuah rumah yang runtuh semasa serangan udara Pakistan di Kampung Balish, wilayah Paktika pada 22 Februari lalu. – AFP

Pakistan, Afghanistan berperang, Kabul dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KABUL – Pakistan mengebom bandar Kabul dan Kandahar di Afghanistan hari ini, beberapa jam selepas tentera Afghanistan menyerang askar di sempadan Pakistan sebagai tindakan balas terhadap serangan udara Islamabad sebelum ini.

Kedua-dua belah pihak berkata, mereka membunuh berpuluh-puluh askar musuh  dalam pertempuran di sempadan. Perkembangan itu menyusul siri serangan Pakistan ke atas Afghanistan dan pertempuran di sepanjang sempadan yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

“Serangan ke atas Taliban Afghanistan disasarkan di Kabul, Paktia (wilayah) dan Kandahar,” kata Menteri Penerangan Pakistan Attaullah Tarar di platform  X.

Di Kabul, pasukan AFP mendengar bunyi jet dan beberapa letupan kuat, diikuti tembakan, selama lebih dua jam.

Wartawan AFP di bandar Kandahar, selatan Afghanistan yang menjadi pangkalan Pemimpin Tertinggi Hibatullah Akhundzada berkata,  dia mendengar bunyi deruan  jet di udara.

Kerajaan Taliban mengesahkan serangan udara Pakistan  dengan jurucakapnya,  Zabihullah Mujahid berkata,  tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beberapa jam sebelum itu, Mujahid mengumumkan ‘operasi serangan berskala besar’  di sempadan ‘sebagai tindak balas kepada pencabulan berulang kali tentera Pakistan’.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan Afghanistan melaporkan bahawa lapan askarnya terbunuh dalam serangan darat itu.

Pegawai Afghanistan, Qureshi Badlun berkata, beberapa orang awam cedera berhampiran lintasan sempadan Torkham, di sebuah kem menempatkan warga Afghanistan yang kembali dari Pakistan.

“Sebiji peluru mortar telah mengenai kem dan malangnya tujuh pelarian kami telah cedera dengan seorang wanita parah,” katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN