fbpx
Foto AFP yang dikongsi Perdana Menteri di media sosial beliau hari ini berhubung konflik antara Pakistan dan Afghanistan.

Malaysia gesa Pakistan, Afghanistan henti segera operasi ketenteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan ketegangan dan operasi ketenteraan rentas sempadan antara Pakistan dan Afghanistan yang kini menyaksikan pengisytiharan konflik terbuka antara dua negara jiran Islam itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehilangan nyawa di kedua-dua belah pihak merupakan satu tragedi yang amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila keganasan tersebut berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Malaysia menggesa Pakistan dan Afghanistan supaya menahan diri secara maksimum serta menghentikan segera semua operasi ketenteraan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kebimbangan keselamatan sah yang dihadapi Pakistan perlu ditangani secara sewajarnya, namun pada masa sama kedaulatan dan integriti wilayah Afghanistan juga mesti dihormati.

“Tuntutan keselamatan dan penghormatan terhadap kedaulatan bukanlah sesuatu yang bercanggah. Kedua-duanya hanya boleh diselaraskan melalui meja rundingan,” ujarnya.

Anwar turut mendoakan keselamatan orang awam yang terperangkap dalam konflik tersebut serta berharap para pemimpin kedua-dua negara diberi kebijaksanaan untuk memilih jalan damai.

Terdahulu, ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan dilaporkan semakin memuncak susulan siri serangan dan tindakan balas ketenteraan di kawasan sempadan kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI