fbpx
PELAKON Intan Najuwa bersama anak sulungnya Lunara menunjukkan kad imbasan ultrasound kehamilan keduanya.

Keluarga kecil kami akan membesar – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan khabar gembira apabila sedang hamil anak kedua.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, menyatakan rasa syukur kerana keluarga kecilnya kini bakal bertambah menjadi empat orang ahli.

“Lunara akan menjadi kakak.

“Keluarga kecil kami akan membesar.

“Dan keluarga kami akan mempunyai empat orang ahli,” katanya dalam Instagram.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Racun Rihanna itu menunjukkan foto imbasan ultrasound bayi sambil mendukung anak sulungnya.

Sebelum ini, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN