NEW DELHI – Seorang lelaki parah selepas diserang seekor gajah semasa sebuah festival keagamaan di India, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku semasa perayaan Valiyavilakku di negeri Kerala, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang lelaki cuba memanjat ke atas badan gajah berkenaan, manakala dua lagi cuba menstabilkan haiwan itu dengan memegang gadingnya.
Haiwan itu tiba-tiba membelitkan belalainya pada kaki mangsa dan mengangkatnya sebelum dihempaskan ke tanah.
Mangsa dikenali sebagai Vivek itu mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Upacara tersebut digantung, manakala gajah berkenaan dikurung di dalam kuil sebagai langkah berjaga-jaga. – AGENSI














