PUTRAJAYA – Fourkay Gold, syarikat peneraju industri pembelian emas gadaian (surat pajak gadai) di Malaysia dan merupakan merupakan syarikat pertama dalam industri ini yang memiliki sijil kepatuhan syariah, telah meraikan seramai 39 anak yatim dari sekitar Semenyih untuk merasai berbuka puasa di hotel dan juga membeli-belah di pusat beli-belah utama di bandar raya.
Ini adalah salah satu inisiatif bagi memenuhi komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran program santunan anak anak yatim sempena Ramadan dan persiapan Aidilfitri.
Ketua Pegawai Eksekutif Fourkay Gold, Mohamad Sanusi Mohd Isa berkata, pihaknya memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan setiap kejayaan perniagaan turut memberi nilai kepada masyarakat.

Menurut beliau, CSR bukan sekadar inisiatif bermusim, tetapi sebahagian daripada falsafah korporat kami bahawa perniagaan yang berkat adalah perniagaan yang memberi manfaat.
“Pendekatan berteraskan syariah bukan sahaja diterjemahkan dalam struktur transaksi dan operasi, malah dalam budaya organisasi yang menekankan nilai ihsan, empati dan kesejahteraan komuniti.
“Inisiatif ini mencerminkan falsafah teras syarikat bahawa kejayaan perniagaan perlu berjalan seiring dengan tanggungjawab sosial yang berterusan dan berimpak tinggi kepada komuniti,” katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Fourkay Gold, Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus
Program seharian bersama anak-anak ini diisi dengan membeli-belah di pusat beli-belah terkenal, berbuka puasa di Le Meridean Putrajaya dan juga penyampaian duit raya kepada kumpulan kanak-kanak tersebut. -KOSMO! ONLINE














