fbpx
ONANA sedia untuk kembali merebut kedudukan penjaga gol No. 1 United biarpun berdepan tentangan selepas aksi cemerlang Lammens. - AFP

EPL: United sedia terima kepulangan Onana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilapor bersedia untuk menerima kepulangan penjaga golnya, Andre Onana bagi memberi peluang pemain itu kembali berjuang mendapatkan tempatnya semula.

Onana meninggalkan Old Trafford pada musim panas tahun lalu untuk menyertai kelab Turkiye, Trabzonspor selepas melakukan banyak kesilapan merugikan pasukan pada musim lalu dan menyebabkan United terpaksa mendapatkan Senne Lammens.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano menjangkakan pemain itu mungkin terpaksa mencari satu lagi destinasi baharu sebagai pemain pinjaman pada musim baharu nanti ketika beberapa kelab menunjukkan minat.

“United tidak merancang untuk mengekalkannya dan dia mungkin akan dipinjamkan sekali lagi. Perpindahan kekal mungkin sukar memandangkan ia melibatkan status kewangan pasukan yang berminat selain gaji Onana.

“Namun, musim panas ini cukup getir buat United kerana ia bukan sahaja melibatkan keputusan pemain, tetapi bergantung kepada pelantikan pengendali baharu mereka untuk hala tuju dan perancangan kelab,” katanya.

Bagaimanapun, laporan di England menyebut bahawa United bersedia memberikan peluang Onana kembali ke Old Trafford dan bersaing bagi mendapatkan semula status sebagai penjaga gol No. 1 pasukan itu.

Pemain itu juga sedar bakal berdepan kesukaran untuk merampas kedudukan itu dari Lammens yang begitu cemerlang musim ini selain Altay Bayindir berada di kedudukan kedua ketika ini.

Legenda United, Edwin Van Der Sar yang pernah bekerja bersama Onana di Ajax sebelum ini memberikan sokongan dan percaya dia mampu untuk kembali mengeluarkan kualiti yang dimiliki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN