fbpx
Lokasi kediaman seorang warga emas cedera di leher selepas ditikam anak perempuannya sendiri dalam kejadian di Kampung Segineh, Inas. - IHSAN POLIS

Wanita tikam leher ibu diarah jalani pemeriksaan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Wanita yang menikam leher ibunya dalam kejadian di Kampung Segineh Inas, Johol, di sini, diarah supaya dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor Bahru bagi menjalani pemeriksaan dan penilaian kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, perintah itu dikeluarkan terhadap tertuduh berusia 55 tahun itu oleh Hakim Hazeelia Muhammad di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, hari ini.

“Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Kes disebut semula pada 2 April ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pada 20 Februari lalu melaporkan seorang warga emas cedera di leher selepas ditikam dengan alat pembuka tin oleh anak kandungnya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI