fbpx
Anwar dan isteri, Dr. Wan Azizah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-46 hari ini.

‘Selamat ulang tahun perkahwinan buat Azizah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-46 hari ini.

Anwar menerusi Facebook turut memuat naik nukilan khas untuk Dr. Wan Azizah serta gambar sewaktu mereka masih muda serta foto terkini.

“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat Azizah, cinta hati yang setia mendampingi dalam setiap suka dan duka.

“Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.

“Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” katanya pada hantaran berkenaan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI