fbpx
Anggota polis menahan sebahagian motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut semalam.

Rempit bulan Ramadan, 197 motosikal kena ‘pukat’ polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Padah melakukan aksi berbahaya dengan menunggang motosikal secara ‘wheelie’, tiga mat rempit diberkas polis di Kawasan Perindustrian Gong Medang di sini hari ini.

Dalam operasi selama 15 jam sehingga pukul 7 pagi itu, seramai 204 penunggang motosikal turut diperiksa dengan sebahagian mereka dikompaun atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan dilancarkan berikutan aduan lokasi kawasan perindustrian tersebut sering dijadikan lokasi perkumpulan mat rempit.

“Operasi yang bermula pada pukul 4 petang semalam (kelmarin) telah memeriksa 204 penunggang motosikal yang berkumpul serta melalui lokasi terbabit.

“Kebanyakannya merupakan pelajar sekolah yang semuda 13 tahun (tingkatan satu),” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, tiga lelaki berusia 17 hingga 20 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan aksi bahaya dengan menunggang motosikal secara wheelie.

Beliau berkata, sebanyak 197 motosikal telah diperiksa dengan 17 daripada disita atas pelbagai kesalahan teknikal.

“Sebanyak 367 notis kompaun juga dikeluarkan kepada semua individu terlibat yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 30 tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN