fbpx
Hannah.

Penguatkuasaan DBKL di tapak Street Dakwah tiada kaitan dengan isu dakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang baru-baru ini tidak kaitan dengan isu dakwah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, tindakan itu diambil berikutan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.

Justeru, katanya, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme di lokasi tersebut.

“Bahan-bahan seperti kerusi, meja lipat, khemah, troli beroda juga telah diambil balik oleh Multiracial Reverted Muslims (MRM). Tidak ada bahan agama dirampas DBKL,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mengenai penguatkuasaan DBKL terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang.

Hannah seterusnya menjelaskan, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyokong segala aktiviti dakwah termasuk penganjuran Street Dakwah di Bukit Bintang selagi ia mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

Jelas beliau, DBKL malah sentiasa bekerja dengan jabatan dan agensi lain dalam memastikan penganjuran atau aktiviti mendapat kerjasama yang baik.

Ujar beliau, kerjasama itu turut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN