fbpx
Sebahagian daripada menu yang dihidangkan untuk berbuka puasa di St.Regis Kuala Lumpur.

Malam Warisan Melayu di St. Regis angkat martabat juadah turun-temurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seminggu sudah umat Islam berpuasa pastinya ramai yang rancak membuat perancangan menyusun jadual harian untuk berbuka puasa mungkin di hotel atau restoran bersama keluarga, orang tersayang dan juga rakan-rakan.

Syarikat korporat atau perusahaan kecil dan sederhana juga sibuk mencari lokasi sesuai untuk meraikan kakitangan masing-masing bagi mengeratkan lagi hubungan rakan sekerja dan juga pihak pengurusan atasan.

Bagi yang mencari satu destinasi berbuka puasa yang padat dengan aura premium, privasi, mewah dan tenang dengan hidangan menu yang sungguh menyelerakan, hotel The St. Regis adalah pilihan terbaik.

Sebaik melangkah ke restoran di aras dua hotel tersebut, sentuhan kemasan dan rekaan dalaman ruang tersebut membuatkan pengunjung rasa teruja untuk merakam gambar di setiap sudut restoran tersebut.

Hidangan pelbagai daripada rasa tradisional dan barat yang bertemakan Malam Warisan Melayu 2026 membuatkan tetamu mahu merasai lebih daripada 100 menu yang disediakan di  setiap stesen masakan di situ.

Menurut kenyataan, Malam Warisan Melayu 2026 adalah sebuah penghormatan kepada Forgotten Flavors of Malaysia  seperti Wau yang berterbangan megah ke langit seolah-olah ia  mengangkat resipi turun-temurun dan bahan warisan, membawanya ke hadapan untuk generasi baharu.

Melalui konsep tersebut, tetamu akan menikmati pengalaman kulinari luar biasa bagi merentasi 14 negeri Malaysia yang dikendalikan di bawah  pimpinan Eksekutif Chef Norazizi Taslim.

Pasukan cef yang berpengalaman itu memperhalusi rasa tradisional, menyuntik hidangan tempatan dengan adunan rempah yang diracik penuh teliti.

Bufet eksklusif ini meraikan kekayaan warisan kulinari Malaysia, menyediakan suasana sempurna untuk mencipta kenangan indah bersama insan tersayang sepanjang bulan suci ini.

Antara menu daripada 14 negeri dihidangkan di situ adalah ayam panggang pasu berempah dwi jintan (Negeri Sembilan), udang harimau  masak lemak cili api belimbing buluh (Melaka), pindang ikan jenahak rebus timun tua (Kedah), kambing salai gulai terung pipit (Selangor), asam pedas ikan jenahak umbut keladi (Johor) dan sotong sumbat gulai daun limau purut (Terengganu).

Harga tawaran bufet untuk dewasa adalah RM298 seorang dan RM149 untuk kanak-kanak.

Selain itu, hotel tersebut turut memperkenalkan House of Warisan Melayu iaitu koleksi hadiah kurasi daripada juadah buatan tangan hingga set hadiah istimewa yang diinspirasikan oleh tradisi memberi serta seni Wau tradisional.

Antara pilihan termasuk Signature Sambal Box, Warisan Melayu Cake Collection, Kunafa Chocolate, dan Chocolate Bon Bons yang berbentuk wau mini. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN