KUALA LUMPUR – Seorang individu dilaporkan terjatuh ke jalan raya di bawah Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Titiwangsa berhampiran Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak, di sini pagi tadi.
Menurut Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans di tempat kejadian.
“Punca kejadian masih belum diperolehi dan mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.
Sementara itu, pihak polis Kuala Lumpur ketika dihubungi memaklumkan kenyataan media berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE














