fbpx
Gambar fail bertarikh 20 Februari 2008 menunjukkan kapal Pengawal Pantai Cuba meronda perairan wilayah untuk mengesan bot dari Florida yang terlibat pemerdagangan manusia. - AFP

Cuba tembak bot dari AS, 4 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HAVANA  – Empat orang ditembak mati dalam pertempuran bersenjata di luar pantai Cuba ketika cuba menyelamatkan saudara-mara mereka, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Havana dalam satu kenyataan berkata, penumpang sebuah bot berdaftar di  negeri Florida melepaskan tembakan ke arah anggota-anggota Pengawal Pantai Cuba, hanya 1.8 kilometer dari dari pantai negara komunis itu.

Pengawal Pantai Cuba menghampiri bot haram itu untuk mengenal pasti penumpangnya.

Kru bot laju itu kemudian melepaskan tembakan, menyebabkan komander pasukan Pengawal Pantai cedera, demikian menurut Havana.

“Pertempuran tercetus dengan  empat penyerang di dalam bot haram terbunuh dan enam yang lain cedera,” kata kenyataan tersebut.

“Individu yang cedera telah dipindahkan dan menerima rawatan perubatan,” tambahnya.

Kerajaan Cuba mengecam 10 individu di atas bot itu kerana mempunyai ‘niat pengganas’ dan mengatakan bahawa mereka bersenjatakan raifal.

Mereka yang berada di dalam bot laju itu adalah rakyat Cuba yang tinggal di Amerika Syarikat (AS), kata media kerajaan Cuba.

Mereka adalah sebahagian daripada flotila yang belayar untuk membawa keluar saudara-mara dari Cuba, lapor New York Times.

Seorang pegawai memberitahu akhbar itu bahawa ia bukan kapal milik Tentera Laut AS atau Pengawal Pantai negara itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN