fbpx
Biawak kekal tenang meskipun tersepit pada rim tayar motosikal. - X

Biawak ‘reda’ tersepit rim motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor biawak tersepit pada rim tayar motosikal yang ditunggang seorang wanita, lapor laman berita Tribunnews.

Kejadian berlaku di Kota Binjai, wilayah Sumatera Utara.

Dalam video tersebut, seorang wanita memberhentikan motosikal yang ditunggangnya apabila dia berasa kenderaan itu menjadi berat.

Dia yang pada awalnya menyangka cuma melanggar objek biasa, kemudian terkejut apabila melihat seekor biawak tersepit pada rim tayar.

Lebih menghairankan adalah reptilia itu hanya berdiam diri dan tidak meronta-ronta meskipun berada dalam keadaan tersepit.

Beberapa penduduk yang lalu di jalan itu kemudian cuba membantu membebaskan biawak berkenaan menggunakan kayu.

Selepas berjaya dikeluarkan, reptilia itu dengan segera melarikan diri ke arah semak-samun sebelum menghilangkan diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN