PETALING JAYA – Senarai ‘Duit Raya Buat Isteri Tercinta’ mengikut negeri menjadi tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Gambar berkenaan menyenaraikan jumlah duit raya berbeza mengikut negeri.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah jumlah bagi negeru Johor yang didakwa mencecah RM1,000 iaitu jumlah paling tinggi dalam senarai tersebut.
Susulan itu, ruangan komen dibanjiri dengan gurauan netizen yang secara tiba-tiba mengaku berasal dari Johor.
“Aku Johor, andai kata betul dapat duit raya RM1,000 di pagi raya, bahagia hidup aku dunia dan akhirat,” kata Junaizah.
“Johor hadir terima kasih suamiku tercinta, harap dia baca komen ini nanti,” kata Janna.
“Okeylah nak pindah Johor mana tahu jodoh di sana, dapat duit raya RM1,000,” seloroh Power of my life.
“Sempat lagi tak nak tukar alamat dekat IC?,” kata Rina. – KOSMO! ONLINE














