fbpx
Saifuddin melihat alat navigasi KM Tun Fatimah pada Op Khas Pagar Laut. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

863 cubaan PATI bolos negara digagalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sebanyak 863 kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya dipatahkan menerusi Op Khas Pagar Laut dalam tempoh lima tahun bermula 2020.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan operasi itu dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan berjaya menahan 3,700 orang kesemuanya.

Katanya, statistik itu menunjukkan kerajaan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana sindiket yang menjadikan laut sebagai pintu belakang negara.

“Operasi atau pun tugasan Maritim Malaysia ini mengawal kawasan samudera kita yang hampir mencecah 600 ribu kilometer persegi. Kita mempunyai data terhadap lokasi hot spot ini.

“Kita juga melihat ada kecenderungan pihak yang masuk jalan tidak sah, menjangkakan bahawa musim perayaan menganggap mengendurkan aspek penguatkuasaan. Jadi, andaian mereka itu ternyata silap,” katanya pada sidang akhbar sempena operasi itu di atas Kapal Maritim Tun Fatimah di sini, hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh sama juga sebanyak 344 kes tangkapan pelbagai kesalahan direkodkan dengan nilai rampasan hampir RM106.7 juta.

Tambah Saifuddin, negeri tertinggi mencatatkan rekod kes tertinggi adalah di Sabah sebanyak 90 kes diikuti Perak (71) dan Johor dengan 52 kes.

“Insiden yang banyak berlaku adalah penyeludupan barangan harian, senjata dan dadah menggunakan laluan laut dengan pelbagai taktik seperti transporter dan pengintipan dilakukan sindiket ini.

“Selain itu, setakat ini tiada kes penculikan untuk tebusan berlaku di Sabah sejak 2020,” tegasnya.

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan seramai 800 anggota dan pegawai terlibat dengan 275 aset dalam Op khas Pagar Laut kali ini yang bermula esok hingga 10 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN