fbpx
KAI WUN (depan) dan Wei Chong akan turun menghadapi All England bermula 3 hingga 8 Mac ini.

Wei Chong sedia ambil risiko besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MESKIPUN masih dibelenggu masalah kecederaan lutut, namun pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong menyuarakan hasrat untuk terus menyertai Kejohanan Badminton All England di Birmingham bermula 3 hingga 8 Mac depan.

Pemain berusia 27 tahun itu menjelaskan, dia sudah pun mengadakan perbincangan bersama doktor serta pakar fisioterapi berhubung tahap kecederaannya dan ia merupakan sesuatu yang positif.

Kata Wei Chong, dia masih berada dalam fasa pemulihan ketika ini kerana baru sahaja mengambil suntikan Platelet-Rich Plasma (PRP) kira-kira dua minggu sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.

“Mungkin ini adalah kecederaan dari tahun lalu kerana memang sudah ada sakit sedikit. Tahun lepas sebab kami mahu beraksi di Jelajah Dunia Akhir, jadi kami tetap bermain walaupun ada kecederaan.

“Kita ada berbincang dengan fisio dan doktor. Doktor pun percayakan saya, jadi saya juga perlu percayakan diri sendiri. Kalau ada peluang untuk masuk gelanggang, memang saya akan berikan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Menerusi MRI (pengimejan resonan magnetik) yang dilakukan selepas mengharungi dua kejohanan awal tahun ini mendapati Wei Chong mengalami tiga jenis kecederaan di lutut kanannya meliputi anterior cruciate ligament (ACL), meniscus dan chondral.

Sementara itu, Wei Chong juga akan menjalani pemeriksaan kecederaan Khamis ini sebelum mendapat keputusan sama ada dia dan pasangan, Tee Kai Wun dapat beraksi di All England ataupun tidak.

“Memang tempoh dua minggu ini saya tidak banyak masuk gelanggang, lebih kepada pemulihan tetapi sekarang sudah mula banyak di gelanggang. Saya akan berjumpa doktor Khamis ini (esok) dan saya harap ia positif,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN