fbpx
Wan Shaharuddin

Wan Shaharuddin akan bertugas di Jabatan Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Selepas tujuh tahun berkhidmat dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes rasuah berprofil tinggi, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin akan bertugas di Jabatan Peguam Negara (AGC).

Jawatan itu ialah sebagai Timbalan Ketua II, AGC berkuat kuasa pada 2 Mac yang mana jawatan berkenaan kini disandang Datuk Yusaini Amer Abdul Karim.

Kelmarin, Wan Shaharuddin, 55, selaku Timbalan Pendakwa Raya kanan, hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengendalikan pengurusan kes Jana Wibawa membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, beliau banyak mengetuai pasukan pendakwaan SPRM bagi kes kepentingan awam termasuk penyelewengan dana Armada melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini menunggu keputusan rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan.

Selain itu, Wan Shaharuddin turut mengendalikan pendakwaan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang masih di peringkat akhir kes pendakwaan.

Terbaharu, beliau turut mengetuai kes terhadap bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Untuk rekod antara kes sabitan dan hukuman yang dikendalikan beliau ialah kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 kerana pemalsuan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN