PETALING JAYA – Seorang penceramah menjelaskan, bagi mereka yang membayar makan beras mahal dicampur dengan beras murah, zakat harus dibayar adalah pada kadar yang tinggi.
Dalam satu hantaran video oleh @isamura2003, Ustaz Muhaizad Al Yamani berkata, zakat fitrah bukan hanya diwajibkan kepada golongan kaya, sebaliknya melibatkan mereka yang mempunyai makanan pada malam raya, hari raya dan malam raya kedua.
“Dia ada makanan sahaja pada tiga waktu ini, orang itu wajib membayar zakat fitrah. Dan kalau kita makan campur beras biasa dan beras yang mahal, bayarlah yang mahal,” katanya.
Beliau menjawab timbul kekeliruan mengenai bayaran mengikut jenis beras yang dimakan.
Tambahnya, pengumuman di Kelantan menetapkan kadar bayaran zakat fitrah sebanyak RM10 bagi tahun ini.
“Siapa yang ada di Kelantan malam raya, boleh bayar di Kelantan. Kalau duduk di Kuala Lumpur kemudian bayar di Kelantan, maka tidak sah,” katanya.
Muhaizad menegaskan zakat fitrah wajib dibayar di tempat yang kita berada semasa malam raya kerana tempoh itu adalah waktu yang wajib untuk membayar zakat fitrah. – KOSMO! ONLINE
@isamura2003zakat fitrah Mari ulang kaji














