fbpx

Umat Islam New York solat tarawih di Dataran Times Square

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Ribuan umat Islam berhimpun di Dataran Times Square, New York bagi menunaikan solat sunat tarawih sempena Ramadan tiga hari lalu.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial oleh akaun TikTok @Khalidtwaiti, para jemaah dilihat khusyuk beribadah di tengah-tengah kesibukan kota tersebut.

Rakaman itu turut memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran yang bergema di ruang terbuka, sekali gus mencetuskan rasa tenang dan kagum dalam kalangan pengguna media sosial.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna dari pelbagai latar belakang agama meluahkan rasa terharu serta menghormati ibadah yang dijalankan.

“Saya bukan Muslim tetapi saya sukakan suasana ini dan pasti akan turut serta jika berada di sana,” komen Dbensny123.

Seorang lagi pengguna berkata, bacaan imam dalam video tersebut benar-benar menyentuh hati dan menenangkan perasaan.

“Suara imam itu sangat indah, rasa tenang mendengarnya,” katanya.

Tidak kurang juga yang mendoakan keselamatan para jemaah serta bandar New York.

“Semoga Allah melindungi mereka,” komen pengguna TikTok Eman_685.

Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 682,300 tontonan dan 76,700 tanda suka serta 8,978 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI