fbpx
Bastoni menjaringkan gol saguhati buat Inter, sebentar tadi.

UCL: Naib juara musim lalu diaib kelab Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Gergasi Itali, Inter Milan tersingkir awal daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL)  selepas tewas 1-2 di laman sendiri kepada Bodo/Glimt, sekali gus tersingkir dengan agregat 2-5 yang menjadi antara kejutan terbesar musim ini.

Kekalahan itu amat mengejutkan kerana hanya sembilan bulan lalu Inter mara ke final Eropah, namun kini terpaksa mengakui kegagalan mengekalkan standard di pentas tertinggi.

Jurulatih Inter, Cristian Chivu mengakui pasukannya berdepan lawan yang layak mara berdasarkan prestasi sepanjang kempen.

“Kami tahu tahap persaingan UCL sangat tinggi. Jika sesebuah pasukan berada pada tahap ini, bermakna mereka memiliki kualiti dan mereka telah membuktikannya,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN