fbpx
Saifuddin Nasution.

Tembak Komander AKPS: Langkah keselamatan diaktifkan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan telah mengaktifkan langkah keselamatan tambahan susulan insiden tembakan melibatkan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam bagi memastikan keselamatan anggota dan orang awam terjamin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejadian itu kini sedang disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya bersyukur beliau selamat. Langkah keselamatan tambahan telah diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan anggota dan orang awam terjamin.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana ancaman terhadap keselamatan negara. Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan di semua pintu masuk negara kekal terkawal.

“Pada masa sama, saya menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional,” katanya.

Terdahulu, Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir nyaris terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian di sini pada pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu berlaku ketika Mohd. Nasaruddin dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) X70.

Beliau bagaimanapun terselamat apabila dua tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua suspek menaiki sebuah motosikal tersasar.

Tembakan terkena pada pintu penumpang belakang sebelah kanan dan pintu penumpang hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN