fbpx

‘Tak kuat baca berita, kawan-kawan hilang orang tersayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Barangkali itu dirasai pelakon Sweet Qismina yang berasa sayu apabila membaca berita tentang individu yang kehilangan insan tersayang terutama pada bulan Ramadan.

Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, berkata, hanya Allah saja mengetahui perasaan mereka yang berdepan ketentuan pemergian orang terdekat lebih-lebih lagi menjelang Syawal.

“Tidak kuat untuk membaca berita (mengenai) kawan-kawan atau orang luar tentang pemergian orang yang mereka sayang.

“Lagi-lagi pada bulan puasa, selepas ini bulan syawal akan tiba. Perasaan itu, Allah saja yang tahu,” tulisnya di platform Threads.

Pada hantaran sama, pelakon filem Babah itu turut mengucapkan takziah serta menitipkan harapan agar mereka yang kehilangan insan kesayangan agar kembali pulih.

“Salam takziah buat semua yang sedang menghadapinya. Memang tidak akan kuat untuk kita hadap, jadi ambillah masa sebanyak boleh untuk redakan segalanya.

“Semoga arwah diletakkan bersama orang-orang yang beriman,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut merasakan perkara sama sekali gus menzahirkan kata-kata semangat untuk mereka yang berhadapan situasi duka itu.

“Sedangkan kita yang tengok pun tak mampu berkata-kata apatah lagi yang menghadap ujian itu. Kehilangan orang tersayang ini sakitnya 10 tahun belum tentu sembuh,” kata seorang pengguna Threads lain.

“Tidak dapat dibayangkan jika kita ditempat mereka. Marilah kita hargai orang tersayang sementara mereka masih ada,” tulis netizen.

Terdahulu, berita pemergian anak sulung pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail yang meninggal dunia selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru membuatkan ramai sebak.

Sebelum itu, sepanjang perkongsian Amyza mengenai keadaan puteranya ketika di hospital turut mengundang simpati khakayak malah ramai turut mendoakan kesejahteraan anak sulung daripada tiga bersaudara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI