fbpx
Tangkap layar siaran langsung pengguna TikTok memaparkan trafik sesak di Plaza Tol Subang, petang ini.

‘Selamat berbuka dalam kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Nampaknya ramai yang berbuka dalam kereta hari ini. Lima minit tengok live (siaran langsung) ini kereta merah tu tak gerak-gerak.”

Demikian antara reaksi pengguna media sosial apabila keadaan trafik dilaporkan sesak teruk di susur keluar Plaza Tol Subang, ketika ini.

Tinjauan menerusi siaran langsung pengguna TikTok @Zino Philllips mendapati kenderaan bergerak perlahan sejauh beberapa kilometer dengan rata-rata pemandu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja serta mahu ke lokasi berbuka puasa sekitar kawasan Subang dan Shah Alam.

Menerusi perkongsian pengguna tersebut, kesesakan mula berlaku kira-kira pukul 5 petang tadi.

“Meriah hari ini. Semalam pun meriah macam ini,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna berseloroh meminta mereka yang masih terperangkap untuk membaca doa berbuka puasa di dalam kereta selain perlu menahan lapar sehingga tiba di rumah masing-masing.

“Dah standby kurma dan air mineral? Kalau tak ada, baca doa berbuka siap-siap.. sejam lagi baru makan nasi,” kata Aiman.

“Kasihan lorong kanan, tak bergerak-gerak. Bertabahlah nak hala Shah Alam, Subang waktu-waktu macam ini,” kata Dinie.

Seorang lagi pengguna turut memaklumkan laluan menuju Lebuh Raya Persekutuan dan kawasan perindustrian berhampiran turut mengalami trafik tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN