SANYA, China, 25 Januari 2026 /PRNewswire/ — Seiring dengan peluncuran bersejarah operasi kastam bebas secara menyeluruh di seluruh Zon Perdagangan Bebas Hainan, inisiatif baharu akan diperkenalkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan pelaburan.
Pada 18 Disember 2025, Sanya Yazhou Bay Science and Technology City (YZBSTC), yang dalam kerangka pembangunan Hainan Free Trade Port, telah memeterai kerjasama strategik bersama Intrinsic SEA sebagai rakan strategik bagi rantau Asia Tenggara.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh integrasi ekonomi rentas sempadan serta memperluas jaringan kerjasama inovasi antara China dan ASEAN. Melalui penyelarasan kelebihan dasar, kemudahan perdagangan serta ekosistem penyelidikan dan pembangunan YZBSTC, kolaborasi ini dijangka mempercepat aliran pelaburan, pemindahan teknologi dan memacu pembangunan berimpak tinggi bagi pasaran industri berkaitan di peringkat antarabangsa, disamping memperkukuh integrasi serantau ASEAN.
Inisiatif ini juga berperanan sebagai platform strategik bagi memanfaatkan peluang ekonomi baharu, selaras dengan aspirasi memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan serantau secara mampan dan inklusif.
Pelantikan ini mencerminkan komitmen strategik YZBSTC untuk memperluas pelaksanaan global secara berstruktur dan berimpak tinggi, sejajar dengan aspirasi pengantarabangsaan Hainan Free Trade Port sebagai hab perdagangan dan pelaburan bertaraf dunia.
Sebagai rakan kolaborasi strategik yang menyokong Inisiatif Inovasi Kolaboratif Luar Negara YZBSTC di Asia Tenggara, Intrinsic SEA akan berperanan sebagai penghubung institusi dan ekonomi bagi memperkukuh kesalinghubungan rentas sempadan, memudahcara aliran perdagangan, pelaburan dan pemindahan teknologi antara China dan ASEAN.
Melalui pemanfaatan dasar perdagangan yang telah diliberalisasikan di bawah kerangka FTP, termasuk mekanisme "Barisan Pertama" dan "Barisan Kedua", kolaborasi ini menyediakan landasan dasar yang kondusif bagi mempercepat integrasi rantaian nilai serantau, memperluas akses pasaran, serta merangsang pembangunan industri strategik yang bernilai tinggi.
Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala, malah menyumbang kepada pemantapan kerangka kerjasama serantau yang lebih inklusif, progresif dan berdaya tahan dalam landskap ekonomi global yang semakin dinamik.

Sanya Yazhou Bay Science and Technology City dan Intrinsic SEA telah memeterai perjanjian kerjasama strategik dalam satu majlis pemeteraian rasmi yang berlangsung bersempena Persidangan Kerjasama dan Pembangunan Guangdong–Hainan (Sanya) 2025.
MEMANFAATKAN DETIK BERSEJARAH "18 DISEMBER"
Kerjasama ini dimeterai bertepatan dengan transformasi ekonomi paling signifikan dalam sejarah Hainan Free Trade Port. Bermula 18 Disember 2025, Hainan secara rasmi melaksanakan status "Zon Kastam Berasingan", sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai hab perdagangan dan pelaburan bertaraf antarabangsa.
Pelaksanaan dasar ini memperkenalkan beberapa pembaharuan utama yang berimpak tinggi terhadap aliran perdagangan dan pelaburan serantau:
- Peluasan Skim Tarif Sifar
Skop barangan bebas duti telah diperluaskan dengan signifikan daripada 1,900 kepada 6,600 kategori produk turut merangkumi kira-kira 74% daripada keseluruhan barangan bercukai. Langkah ini meningkatkan daya saing kos serta merangsang aktiviti perdagangan bernilai tambah tinggi. - Insentif Nilai Tambah Berorientasikan Industri
30% produk di Hainan FTP yang telah melalui proses peningkatan nilai tambah kini berjaya memasuki tanah besar China tanpa dikenakan tarif, sekaligus merangsang aktiviti pemprosesan, pemasangan, dan pengeluaran berteknologi tinggi. - Liberalisasi Operasi dan Aliran Modal
Mekanisme "Barisan Pertama" mempermudah aktiviti import dan pelaburan antarabangsa, sambil mewujudkan persekitaran operasi berkonsepkan model "offshore dalam negara". Inisiatif ini menyediakan platform strategik bagi perusahaan ASEAN untuk memperkukuh rantaian bekalan, mengoptimumkan operasi, serta mempercepatkan akses ke pasaran China.
Secara keseluruhan, revolusi ini memperkukuh integrasi ekonomi rentas sempadan serta membuka dimensi baharu dalam kerjasama perdagangan dan pelaburan antara China dan ASEAN secara lebih progresif dan berdaya tahan.
SELARAS DENGAN RANCANGAN LIMA TAHUN KE-15 CHINA (2026–2030)
Seiring dengan aspirasi China memacu Rancangan Lima Tahun Ke-15 (2026–2030), Sanya Yazhou Bay Science and Technology City dipilih sebagai projek perintis nasional bagi pembangunan "Daya Pengeluaran Berkualiti Baharu". Dalam konteks ini, Intrinsic SEA akan memainkan peranan penting dalam memajukan inisiatif yang menyelaraskan kluster teknologi ASEAN dengan objektif strategik teras China, merangkumi bidang-bidang berikut:
- Pemuliharaan Sumber Laut Dalam dan Benih
Mempercepat pembangunan keupayaan teknologi kendiri dalam kejuruteraan marin, termasuk inisiatif "Nanfan Silicon Valley", bagi memperkukuh inovasi strategik dan keunggulan teknologi nasional. - Industri Masa Hadapan
Menggalakkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kecerdasan buatan (AI), industri biopembuatan, serta Antarmuka Otak-Komputer (Brain-Computer Interface, BCI), selaras dengan agenda inovasi Industri 4.0 dan usaha memacu pertumbuhan ekonomi berteknologi tinggi. - Integrasi Serantau
Menyokong Hainan sebagai platform kesalinghubungan serantau utama yang menghubungkan Kawasan Teluk Besar (Greater Bay Area, GBA) dengan koridor ekonomi ASEAN, seterusnya memperkukuh aliran perdagangan, pelaburan dan inovasi rentas sempadan.
Inisiatif ini menekankan pendekatan strategik bersepadu, selari dengan aspirasi China untuk memperluas kepimpinan teknologi global sambil memperkukuh kerjasama ekonomi serantau yang inklusif dan mampan.
PELANCARAN "MEET HAINAN TOUR"
Bagi memudahcara perlaksanaan, Intrinsic SEA dan YZBSTC telah memperkenalkan inisiatif "MEET Hainan Tour", menyediakan taklimat dasar bersepadu dan sokongan kepada PKS serta syarikat teknologi ASEAN. Program ini dijangka menghasilkan sebuah pencapaian besar dengan kelajuan tinggi, sambil membuka peluang perdagangan dan inovasi di Bandar Sains dan Teknologi serta Bandar Universiti.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4894140_MS94140_6














