fbpx
Suspek dibawa SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman hari ini.

Pengerusi, bendahari NGO direman palsu dokumen sumbangan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengerusi serta bendahari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan program sumbangan makanan asas berjumlah kira-kira RM5 juta.

Turut direman selama empat hari ialah seorang pengarah syarikat selepas perintah itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah berikutan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an telah ditahan kira-kira pukul 3 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek di mana bendahari NGO tersebut juga merupakan pengarah syarikat terbabit disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021 hingga 2023.

“Kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berkaitan program sumbangan makanan asas.

“Ia dengan niat untuk mengelirukan pihak NGO tempat pengerusi dan bendahari tersebut berkhidmat sehingga menyebabkan pertubuhan itu membuat pembayaran berjumlah kira-kira RM5 juta,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI