fbpx
Tangkap layar video menunjukkan suspek memanjat bumbung sebuah rumah di Mueang Udon Thani kelmarin. - Amarin TV

Panjat bumbung cari isyarat makhluk asing, lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand ditahan selepas memanjat bumbung rumah yang didakwa untuk mencari isyarat daripada makhluk asing dan cuba menanggalkan piring satelit yang dikatakan mengganggunya, lapor portal berita Thaiger.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) di Mu Mon, Mueang Udon Thani kelmarin. 

Lelaki itu turun dari bumbung dan dibawa ke balai polis selepas dipujuk selama kira-kira 20 minit. 

Polis berkata, suspek dikenal pasti sebagai Yotdet, 40, dan dia kekal dalam tahanan selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah. 

Yotdet dikenakan beberapa pertuduhan termasuk menggunakan narkotik Kategori 1 yang melanggar undang-undang, berkelakuan tidak senonoh dan menimbulkan bahaya kepada masyarakat. 

Semasa soal siasat, suspek mengaku mengambil dua pil methamphetamine pada petang Ahad. Yotdet mengalami halusinasi dan percaya bahawa dia boleh mendengar ‘gelombang’ daripada makhluk asing yang mengganggunya.

Suspek dilaporkan berjalan di sekitar kampung untuk mencari tiang isyarat satelit sebelum memanjat bumbung dan menanggalkan piring satelit yang didakwa menghantar isyarat untuk mengganggu otaknya.

Dia percaya piring satelit itu menghantar isyarat dari angkasa lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN