fbpx
PELATIH PLKN 3.0 turut menjalani latihan ikhtiar hidup, pandu arah dan aktiviti jasmani yang membentuk ketahanan fizikal serta mental mereka.

Mindef hasrat daftar 25,000 peserta PLKN askar wataniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhasrat mendaftarkan 25,000 pelatih yang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 setiap tahun sebagai askar wataniah.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata ia sebagai langkah kesinambungan latihan yang sudah dilalui kesemua pelatih berkenaan di 13 kem latihan di seluruh negara.

“Sebab itu kalau dikait dengan askar wataniah, pada masa akan datang kita sudah ada 25,000 pelatih yang kita lahirkan setiap tahun (dari PLKN 3.0), keseluruhan daripada mereka kita mahu daftarkan sebagai askar wataniah.

“Cuma kesinambungan latihan itu kita harus laksanakan dalam program-program alumni. Begitulah juga dalam pelaksanaan kem-kem kita. Saya tak nafikan keperluan askar wataniah kita memang agak perlu kerana kita tahu konsep askar wataniah itu adalah watan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Tambahnya, anak-anak dari segi masyarakat itu sendiri termasuk di kawasan luar bandar pun mereka harus menyertai askar wataniah kerana konsep watan itu sendiri akan dapat membantu bukan sahaja keselamatan tapi yang paling penting menjaga kedaulatan negara kita pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI