fbpx
Sheinbaum (kiri) dan Infantino (kanan) bergambar semasa undian Piala Dunia Bola Sepak FIFA 2026 di Washington, DC pada 5 Disember 2025. - AFP

Mexico huru-hara: Presiden jamin Piala Dunia selamat diadakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO – Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum menawarkan jaminan penuh untuk keselamatan peminat bola sepak pada acara perlawanan Piala Dunia di bandar Guadalajara yang dilanda keganasan.

Sheinbaum menegaskan bahawa tiada risiko untuk peminat melawat bandar itu pada Jun ini untuk empat perlawanan.

“Sedikit demi sedikit keadaan (di Jalisco) kembali normal,” kata Sheinbaum.

Kenyataan itu dibuat dibuat selepas gelombang keganasan yang dicetuskan oleh pembunuhan tentera terhadap raja dadah, Nemesio ‘El Mencho’ Oseguera.

Ketua Kartel Generasi Baharu Jalisco yang merupakan salah seorang lelaki paling dikehendaki di Mexico dan Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam operasi ketenteraan kira-kira 130 kilometer dari ibu negeri Jalisco, Guadalajara, Ahad lalu.

Kartel itu bertindak balas dengan kemarahan dan terlibat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan, menyebabkan berpuluh-puluh orang terkorban di seluruh Mexico, termasuk askar dan penjenayah.

Dengan keadaan kembali tenang, perniagaan di Jalisco dijangka dibuka semula semalam, dengan sekolah-sekolah akan menyusul hari ini.

Sementara itu, Ketua FIFA, Gianni Infantino memberitahu AFP bahawa beliau sangat yakin tentang peranan Mexico sebagai tuan rumah.

“Semuanya baik. Ia akan menjadi hebat,” kata Infantino di bandar Barranquilla, Colombia.

Guadalajara merupakan salah satu daripada tiga bandar Mexico yang akan menganjurkan perlawanan Piala Dunia, yang akan berlangsung di negara itu, AS dan Kanada. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN