fbpx
Suspek ditahan di bandar Pittsville, negeri Wisconsin. - YouTube

Lelaki curi ambulans, angkut sekali pesakit nazak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PITTSVILLE, WISCONSIN – Seorang lelaki di negeri Wisconsin ditahan selepas mencuri ambulans yang membawa seorang pesakit sebelum memandu kenderaan itu dalam keadaan tidak berpakaian, lapor akhbar Mirror UK. 

Benjamin Feltz, 37, menyelinap masuk ke tempat duduk pemandu semasa paramedik sedang memuatkan pesakit yang cedera parah ke bahagian belakang sebelum memandu kenderaan itu dengan laju. 

Polis mengejar Feltz selama lebih 40 minit dengan pesakit berusia 50 tahun itu sempat memberitahu suspek bahawa dia sedang nazak kerana masalah buah pinggang. 

Dia sempat menggesa Feltz untuk menghentikan ambulans. 

Aksi kejar-mengejar berakhir di bandar Pittsville, kira-kira 28.96 kilometer dari lokasi ambulans dicuri selepas seorang pegawai polis melemparkan jalur pancang untuk mengempiskan tayar. 

Polis berkata, suspek tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan didakwa melakukan 10 kesalahan termasuk memandu dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol. 

Namun, ujian alat pernafasan tidak mengesan sebarang alkohol. 

Kedua-dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan terdapat kerosakan kecil pada ambulans.

“Suspek tidak mempunyai sebab yang jelas untuk melakukan perbuatan ini. Suspek memberitahu bahawa dia tidak cuba untuk mencederakan diri atau mengambil nyawa sendiri,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN