JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki mengundang perhatian orang ramai apabila menjadi imam solat tarawih di sebuah masjid di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pantaucom menunjukkan kanak-kanak itu membaca beberapa potongan ayat al-Quran dengan alunan suara yang merdu.
Suasana tenang menjadi riuh apabila dia diserbu oleh beberapa kanak-kanak lain selepas selesai solat.
Kanak-kanak tersebut memberikan buku laporan aktiviti Ramadan kepadanya untuk ditandatangani sebagai bukti menunaikan solat tarawih secara berjemaah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 6.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bacaannya sangat merdu,” kata seorang netizen.
“Sejuk hati ibu bapanya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














