KETIKA remaja seusianya sibuk dengan sekolah, gajet dan media sosial, sebaliknya Mya‑Rose Craig dari Bristol, England telah melangkah lebih jauh. Bagi gadis itu, birdwatching atau mengamati burung bukan sekadar minat atau hobi. Sebaliknya, aktiviti itu menjadi cara hidup yang menghubungkan Craig dengan alam semula jadi, sekali gus membuka peluang kepadanya mengenali dunia luar. Sejak kecil, gadis kacukan British-Bangladesh itu sering dibawa keluarganya melihat burung di taman, hutan dan tepi tasik untuk belajar mengenal bunyi, warna dan tingkah laku haiwan tersebut.……














