MONTGOMERY, ALABAMA – Seekor anak kucing di negeri Alabama menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memiliki dua pasang telinga, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Kucing dinamakan Dobby berusia tujuh bulan itu dilahirkan dengan sepasang telinga tambahan yang bersaiz lebih kecil.
Penjaga Dobby untuk pertubuhan Kitty Kat Haven & Rescue, Stephanie Brown berkata, telinga tambahan itu tidak memberi kesan buruk kepada anak kucing tersebut, manakala pendengarannya adalah normal.
Brown berkata, ekornya juga pendek dan kerinting.
Dobby menjadi sensasi internet selepas Brown berkongsi gambar dan video anak kucing hitam itu di laman sosial Instagram dan Reddit.
Brown berkata, Dobby memerlukan pembedahan untuk membetulkan anggota berlebihan, tetapi ia akan tersedia untuk dipelihara tidak lama lagi melalui Kitty Kat Haven & Rescue. – AGENSI














