fbpx
Gambar hiasan.

2 remaja 15 tahun ditahan naik motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua remaja lelaki berusia 15 tahun selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah motosikal di kuarters kerajaan di Sungai Besi, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penjawat awam pada Sabtu lalu selepas mangsa menyedari motosikal miliknya hilang pada hari sama.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan dua remaja terbabit pada Ahad lalu ketika mereka sedang menaiki motosikal milik pengadu di sekitar Sungai Besi.

“Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan keputusan ujian saringan air kencing adalah negatif dadah.

Katanya, reman terhadap kedua-dua remaja itu dibenarkan selama dua hari bermula Ahad hingga Isnin lalu sebelum mereka diberikan jaminan polis kerana masih bersekolah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN