fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik anak kepada wanita berkenaan memaparkan gelang emas seberat 33 gram selamat ditemui semula.

[VIDEO] Jumpa balik gelang emas 33 gram lepas 13 jam tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hanya menyedari gelang emas miliknya seberat 33 gram hilang selepas kira-kira 13 jam sebelum ia akhirnya ditemui semula dalam keadaan selamat.

Menerusi hantaran anak wanita tersebut yang tular di akaun Thread @Syahhidoo, dia memuat naik video serta gambar gelang emas tersebut yang ditemui semula di celah-celah daun kering dan ranting kayu.

Katanya dalam mesej kepada Kosmo!, gelang ibunya dipercayai tercicir ketika pergi ke sebuah klinik di Kuala Terengganu sebelum menyedari barang kemas tersebut sudah tiada pada subuh keesokannya.
“Berat gelang tu lebih kurang 33 gram. Sedar lebih kurang dalam 13 jam selepas. Jatuh masa teman anak pergi klinik petang tu. Subuh esoknya baru sedar gelang tak ada.

“Masa tahu hilang tu, memang dalam keadaan bukan pasrah ke apa, sebab iyalah kita pun bukan orang senang sangat. Usaha dulu cari tempat yang hari tu pergi. Lepas subuh tu terus pergi. Alhamdulillah memang rezeki mama saya,” katanya.

Ditanya apakah amalan ibunya setiap hari sehingga dijauhkan perkara yang tidak diingini dan ditemukan semula dengan barang kemasnya, wanita itu berkata ibunya mengamalkan satu selawa dan zikir setiap hari.

“Mama memang ada amalkan selawat Nabi 1,000 kali sehari. Lepas itu Mama ada amalkan zikir La ilaha illah wahdahu la syarikalah. Lahu al-Mulk walahu al-Hamdu yuhyi wa yumit. Wa huwa ‘ala kulli syain Qadir ni 100 kali setiap hari,” katanya.

Sementara itu, perkongsian wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersyukur gelang berkenaan ditemui, malah ada yang berkongsi pengalaman hampir sama.

“Ya Allah RM40,000 tak lari tu gelang tu. Syukurlah mama awak jumpa semula. Apalah amalan mama awak agaknya,” komen Amirul.

“Alhamdulillah kalau dah rezeki tak kemana. Suruh mama awak ikat benang macam ni supaya tidak mudah tertanggal,” komen Jiarose sambil memuat naik gambar gelang emasnya yang diikat dengan benang.

“Saya gelang lipan. Gelang tu beli sendiri hasil duit saya simpan. Masa tu tahun 2018 ke 2019 macam tu. Saya beli RM700. Tak ingat berapa gram. Tapi, saya kemalangan. Bila sedar gelang dah hilang,” komen Izyandzamri. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI