fbpx
Antara pelacur warga asing yang ditahan di Jalan Kem, Pelabuhan Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Tidak puasa kerana ‘layan’ pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – “Saya tidak berpuasa kerana mahu ‘melayani’ pelanggan”.

Itu alasan seorang wanita warga Indonesia beragama Islam yang sanggup mencemari bulan Ramadan untuk mencari rezeki haram sebagai pelacur di siang hari.

Dia antara 17 wanita disyaki pelacur warga asing yang diberkas polis dalam serbuan di kawasan deretan rumah kedai di Jalan Kem, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.
Wanita berasal dari Batam itu yang dikenali Mimi, 29, turut mengaku baru menghisap dadah syabu sebelum ditahan dalam operasi berkenaan.

Dia yang masih bujang mendakwa, baru dua bulan datang ke Malaysia dengan menyewa bilik berharga RM800 sebulan.

“Bilik itu juga dijadikan tempat untuk saya melacur dengan harga serendah RM70 bagi khidmat seks kepada pelanggan warga tempatan dan warga asing. Saya hanya mengambil lima pelanggan sehari,” katanya.

Tambah Mimi, dia tidak mengetahui nasibnya sama ada dapat menyambut Aidilfitri atau sebaliknya kerana ditahan.

Kegiatan mereka terbongkar selepas diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI