PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Tunku, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Menerusi hantaran itu juga, dalam pertemuan berkenan juga baginda turut membincangkan isu-isu semasa yang berkepentingan kepada negara. – KOSMO! ONLINE














