fbpx
Antara pelacur warga asing yang ditahan D7 IPK Selangor di Jalan Kem, Pelabuhan Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

‘Port’ sundal rumah kedai usang digempur lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Deretan rumah kedai usang yang menjadi sarang pelacur warga asing di Jalan Kem, Pelabuhan Klang digempur pihak berkuasa hari ini.

Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira pukul 1.15 petang.

Aktiviti tidak bermoral di lokasi itu dikesan kembali beroperasi biarpun pernah diserbu sebelum ini.
Sepanjang operasi tersebut berjaya menahan 23 individu terdiri daripada 17 wanita disyaki pelacur selain seorang penjaga premis dan beberapa pelanggan.

Pemerhatian wartawan mendapati setiap bilik diubah suai menjadi ruang sempit, kotor dan berbau busuk, hanya menempatkan tilam di lantai dan kipas angin.

Polis turut menemui pintu rahsia dipercayai digunakan untuk melarikan diri sekiranya dicekup.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang (IPD) Klang Selatan bagi tindakan lanjut dan satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan polis dalam tempoh terdekat.

Kosmo! pada 10 Oktober 2024 melaporkan seramai 58 termasuk 30 wanita disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 24 hingga 60 tahun ditahan di lokasi sama.

Bayaran pensundalan dikenakan adalah serendah RM50 itu dan setiap bilik dihuni atau disewa pelacur warga asing antara RM500 hingga RM600. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI