fbpx
Dua pemandu van seludup yang ditahan PPM Pelabuhan Klang dalam Op Taring Lantai, semalam.

Polis Marin pintas van rokok seludup RM1.78 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Taktik sindiket menggunakan dua van berasingan bagi mengedar rokok seludup bernilai RM1.78 juta ke pasaran Lembah Klang gagal selepas dipintas Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam Op Taring Lantai, semalam.

Operasi bermula kira-kira pukul 6 pagi itu dilaksanakan hasil risikan rapi di sekitar Saujana Putera dan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum kedua-dua kenderaan berjaya ditahan secara berasingan.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, siasatan awal mendapati van berkenan masing-masing sedang menghala ke Kuala Lumpur dengan dipandu dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun.
“Kedua-dua lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen sah untuk membawa rokok itu apabila pihak PPM melaksanakan pemeriksaan.

“Kesemua barang rampasan rokok yang dipercayai tidak bercukai bernilai RM1,782,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek merupakan anggota sindiket sama dan telah bekerja dengan kumpulan itu sejak kira-kira setahun lalu.

Rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Tambah beliau, semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat serta IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh bagi memastikan kegiatan penyeludupan ini dapat ditangani dengan tegas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI