fbpx
Mahkamah Kuala Lumpur

Penolong pengurus kedai jam tangan didakwa ubah wang haram RM1.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penolong pengurus sebuah kedai jam tangan mewah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 44 pertuduhan menerima dan memindahkan wang didakwa hasil daripada aktiviti haram melibatkan RM1.7 juta.

Bagaimanapun tertuduh Miki Oshiro, 36, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Azrul Darus dan Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-44, lelaki itu didakwa telah menerima RM1.7 juta daripada seorang pelanggan wanita berusia 61 tahun dan kemudiannya memindahkan sebahagian wang hasil aktiviti haram daripada akaun simpanan miliknya ke dalam beberapa akaun bank milik individu dan syarikat lain.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank di Damansara Utama, Petaling Jaya, antara 5 Oktober 2024 dan 3 Januari 2025 yang didakwa
mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Izham Mohd. Marzuki menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri sebulan sekali ke Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, sehingga kes selesai.

Peguam S. Narasimhan yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri selain masih menanggung ibu yang sudah tua.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM105,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke Bahagian Siasatan Jenayah AMLA, Bukit Aman sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Februari ini baginsebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI