fbpx
Nidzam hanya bertahan selaku pengendali NSFC sekitar lapan bulan sejak dilantik, Jun lepas.

Nidzam akhirnya tinggalkan NSFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PIHAK pengurusan Negeri Sembilan FC (NSFC) memohon agar penyokong kekal teguh berada di belakang pasukan pada detik mencabar selepas rombakan barisan kejurulatihan dibuat susulan peletakan jawatan Nidzam Jamil sebagai ketua jurulatih semalam.

NSFC dalam kenyataan berkata, struktur kejurulatihan skuad utama Hobin Jang Hobin akan dipikul oleh penolong ketua jurulatih, K Rajan pengendali interim sehingga perubahan baharu akan diumumkan kelak.

“NSFC telah menerima surat peletakan jawatan Nidzam selaku ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta. Pihak kelab ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan oleh beliau sepanjang bersama pasukan dari awal musim ini.

“Fokus utama kelab dan barisan kejurulatihan pada ketika ini adalah untuk mengembalikan kestabilan serta moral pemain bagi mengharungi baki perlawanan musim ini.

“Kami meminta seluruh penyokong untuk terus memberikan sokongan padu kepada skuad Jang dalam mengharungi cabaran ini bersama-sama,” menurut kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, Nidzam yang dilantik pada tahun lalu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh K. Nanthakumar memulakan kempen Liga Super dengan baik sehingga dianggap mampu mencabar kelompok atasan pada musim ini.

Namun, NSFC berdepan kemelut prestasi sejak tahun ini termasuk tewas empat perlawanan berturut-turut sehingga tersingkir daripada kempen Piala Malaysia selepas tewas secara agregat 1-6 kepada Selangor FC, minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN