fbpx
KENDERAAN dinaiki mangsa yang terbabas ke dalam gaung di sebuah ladang teh di Cameron Highlands semalam.

Lima sekeluarga terbabas gaung ladang teh gara-gara kegagalan brek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAMERON HIGHLANDS – Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib sebuah keluarga yang terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sebuah ladang teh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu kereta dinaiki tiga lelaki dan dua wanita sekeluarga itu terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter.

“Semasa kejadian kereta dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan daripada Teh Boh Sg Palas menghala ke arah Brinchang.
“Apabila sampai di lokasi kejadian kereta dipercayai mengalami kegagalan brek sebelum terbabas ke dalam gaung,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya akibat kejadian pemandu dan dua penumpang mengalami kecederaan ringan, manakala dua penumpang lagi tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Ujarnya siasatan awal mendapati kereta berkenaan mengalami kerosakan pada keseluruhan kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN