fbpx
ISMAIL (tengah) menunjukkan vape yang dipercayai mahu diseludup ke Thailand di Pejabat JKDM Kuala Perlis, hari ini.

Kastam rampas vape, ganja bernilai lebih RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 9,400 unit peranti vape dan 20 kilogram dadah jenis kanabis dalam dua serbuan berasingan di Kuala Perlis, awal bulan ini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, rampasan pertama dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi, 6 Februari di perairan Kurung Tengar, dekat sini.

“Bertindak atas maklumat, pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis mengejar sebuah sampan yang bergerak dalam keadaan mencurigakan sebelum ia memecut ke kawasan perairan cetek dan beberapa lelaki melarikan diri ke daratan.
“Hasil pemeriksaan ke atas sampan tersebut menemukan beberapa kotak mengandungi peranti vape pelbagai perisa yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua peranti vape yang disita berjumlah 9,400 unit dengan nilai dianggarkan RM454,000 selain melibatkan duti dan cukai sebanyak RM95,340.

“Turut disita ialah sampan bersama enjin yang dianggarkan bernilai RM50,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan kira-kira pukul 10 malam, 10 Februari lalu, pasukan operasi JKDM Kuala Perlis membuat pemeriksaan di tebing sungai Kampung Bukit Tok Po serta menemukan dua bungkusan guni putih mengandungi 20 ketulan mampat dadah jenis kanabis seberat 20 kilogram dianggarkan bernilai RM62,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI