fbpx
Amyza Aznan menyifatkan anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail sebagai insan berhati lembut dan penuh adab.

Dia anak paling lembut, tak pernah tinggi suara – Amyza Aznan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU KELANG – Pelakon Amyza Aznan menyifatkan anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail sebagai insan berhati lembut dan penuh adab, malah tidak pernah meninggikan suara sepanjang hayatnya.

Amyza, 49, berkata, sikap baik arwah bukan dibuat-buat, sebaliknya sudah sebati sejak kecil hingga ke akhir hayat.

“Tak ada ibu yang tak puji anak, tetapi saya puji dia sebab memang itu peribadinya. Dia tak pernah melawan atau meninggikan suara.

“Dengan adik-beradik pun tak pernah bergaduh atau berkasar. Tiga beradik ini sangat penyayang dari kecil sampai besar,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Andre di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini, hari ini.

Lebih menyentuh hati, pelakon filem Mat Despatch itu berkata, sifat menghormati orang lain kekal dalam diri Andre walaupun ketika berada dalam keadaan nazak.

“Walaupun waktu itu dia sudah terlalu lemah, tenaganya hampir tiada.

“Tapi setiap kali orang panggil namanya dan beritahu ada tetamu datang, dia cuba angkat kepala kerana mahu menghormati orang.

“Itulah Andre Mikhail, sampai saat akhir pun tetap jaga adab,” ujarnya.

Perit ditelan Amyza mengakui pemergian anak tersayang pada bulan Ramadan memberi sedikit ketenangan di sebalik duka mendalam.

“Macam-macam bermain dalam fikiran saya, tetapi dia pergi pada bulan mulia.

“Dia tinggalkan terlalu banyak kebaikan untuk saya, untuk adik-beradik dan juga kawan-kawan.

“Banyak perkara baik kami tumpang daripada dia. Kenangan itu akan saya simpan sampai bila-bila,” tuturnya.

Untuk rekod, Andre menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN