fbpx
Tentera Mexico meronda di lebuhraya untuk mencegah kebakaran kenderaan dan sekatan jalan raya di negeri Michoacan kelmarin. - AFP

73 terbunuh operasi tangkap El Mencho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO –  Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dalam percubaan menangkap ketua Kartel Generasi Baharu Jalisco (CJNG) dikenali sebagai El Mencho ketika kebimbangan meningkat bahawa kematian raja dadah itu akan mencetuskan gelombang keganasan besar-besaran, lapor akhbar Metro UK semalam.

El Mencho atau nama sebenarnya Nemesio Ruben Oseguera Cervantes, terbunuh di negeri Jalisco, barat Mexico semalam.

Di lokasi berbeza di Jalisco, tentera membunuh seorang lagi ahli kartel berpangkat tinggi yang dikatakan Menteri Pertahanan Ricardo Trevilla sebagai bertanggungjawab merancang keganasan.

Keganasan yang meletus susulan pembunuhan El Mencho oleh tentera  mengakibatkan lebih 1,000 orang terperangkap semalaman di sebuah zoo di Guadalajara, di mana mereka tidur di dalam beberapa buah bas.

Dalam sidang akhbar bersama oleh Presiden Claudia Sheinbaum dan Trevilla semalam, pihak berkuasa mendedahkan bahawa serbuan dilakukan susulan maklumat daripada teman wanita El Mencho.

Setiausaha Pertahanan, Omar Garcia Harfuch berkata, 70 orang di tujuh negeri di  seluruh Mexico telah ditangkap.

Trevilla sangat sedih ketika beliau berkongsi bahawa 25 askar Mexico terbunuh dalam misi menangkap El Mencho. Lapan anggota keselamatan El Mencho turut terbunuh dalam proses itu.

CJNG merupakan organisasi jenayah paling berkuasa dan paling pesat berkembang di Mexico selepas ditubuhkan pada tahun 2009.

Ia merupakan antara kartel paling agresif menyerang tentera termasuk menyasarkan helikopter, dan merupakan perintis dalam melancarkan bahan letupan daripada dron dan memasang periuk api. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN