fbpx
5,000 ikan tilapia mati dipercayai akibat pelepasan air dari ladang kelapa sawit. - Foto JAS KEDAH

5,000 ikan tilapia mati, siasat pelepasan air ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR BAHARU – Kira-kira 5,000 ekor ikan tilapia di sangkar ternakan di Sungai Kerian, di sini ditemukan mati dipercayai akibat pelepasan air dari ladang kelapa sawit pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan berhubung ikan ternakan sangkar yang mati di Sungai Kerian dengan kerugian dianggarkan RM10,000 pada Sabtu lalu.

“Pasukan penyiasat JAS negeri turun menjalankan pemeriksaan di sepanjang sungai di lokasi tersebut.
“Siasatan pada 21, 22 dan 23 Februari lalu mendapati terdapat beberapa punca pelepasan air dari ladang kelapa sawit yang memasuki Sungai Samagagah, Perak dan seterusnya ke Sungai Kerian yang kemudian mengalir masuk ke Kedah, ” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, air yang dilepaskan adalah dari parit takungan air larian di kawasan ladang kelapa sawit.

“Air takungan ini berkemungkinan bercampur dengan sisa baja dan sisa racun yang mana apabila takungan tersebut sampai pada paras tertentu, ia akan dipam secara manual ke Sungai Kerian.

“Ujian kualiti air oleh JAS di tempat pelepasan tersebut mendapati ia bersifat asidik. Hasil siasatan ini dipanjangkan ke agensi-agensi berkaitan kawal selia air, perikanan dan perladangan di negeri- negeri terlibat untuk tindakan lanjut, ” ujarnya.

Tambahnya, isu pelepasan air dari parit takungan di ladang-ladang kelapa sawit atau dari mana-mana ladang pertanian yang lain ke sungai perlu diberi perhatian secara kolektif bagi memastikan ekosistem sungai tidak terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN